Ichitaro (pemproses perkataan)

Ichitaro (一太郎, ichitarō) adalah sebuah perisian pemproses perkataan Jepun yang dibangunkan oleh syarikat JustSystems, sebuah syarikat pembangun perisian Jepun. Ichitaro merupakan pemegang pasaran perisian pemprosesan perkataan yang kedua terbesar di Jepun selain perisian Microsoft Word. Ianya merupakan salah satu produk utama untuk syarikat Justsystems. Nama untuk jenis fail khusus untuk perisian ini adalah ".JTD". Aplikasi ATOK (sebuah sistem yang memberi padanan huruf Kanji berdasarkan input fonetik) dan IME (sebuah sistem yang membolehkan huruf hiragana dan katakan boleh ditulis melalui input fonetik) juga dibangunkan oleh JustSystems dan disertakan sekali dengan perisian Ichitaro.
Semasa era teknologi DOS, Ichitaro mempunyai bahagian pasaran yang besar bersama-sama pesaing lain. Walau bagaimanapun, apabila syarikat Windows menjadi perisian yang dominan dalam industri komputer, sebahagian besar pasaran pemprosesan perkataan telah diambil alih oleh perisian Microsoft Word . [1]

Berkaitan